Cara buat website sendiri untuk Peniaga online - website403

Cara buat website sendiri untuk Peniaga online



Cara buat website sendiri untuk Peniaga online | website sememangnya adalah suatu perkara yang penting atau wajib dimiliki oleh peniaga online dizaman dunia tanpa sempadan ini. Namun begitu untuk memiliki website sendiri anda perlukan kos yang sangat tinggi jika mengupah webdesigner dan kami di gkerjaya sedar kebanyakkan peniaga-peniaga online di malaysia tidak mampu untuk mengupah pakar-pakar laman web ini oleh itu kami terpanggil untuk memberikan tutorial yang ringkas tapi padat cara buat website sendiri tanpa perlu modal yang besar.

Cara buat website sendiri

Kami tidak mahu bercakap banyak just ikuti langkah-langkah seperti yang kami berikan dibawah kami yakin anda boleh mencipta laman web ada sendiri dengan mudah kerana selepas anda mengikut tutorial ini selebihnya semuanya adalah dalam bahasa english anda hanya perlu faham untuk membuat posting,upload gambar buat contact form,menu dan lain-lain.
Langkah 1 : Pemilihan Platform
Terdapat pelbagai platform yang anda boleh pilih untuk membina website anda sendiri antara ialah wordpress,blogger,joomla,tomatocart,opencart,drupal dan lain-lain yang anda boleh pilih mengikut kesesuai anda namun begitu untuk hari ini kami hanya ingin fokuskan kepada wordpress ini kerana wordpress mempunyai pelbagai fungsi yang amat sesuai digunakan untuk peniaga online di malaysia contoh fungsi Mail list,shopping cart, theme yang pelbagai dan mudah untuk di senaraikan di engine carian google.Oleh itu kami cadangkan kepada anda untuk gunakan platforms daripada wordpress.
Langkah 2 : Pemilihan domain dan hosting
Terdapat pelbagai company yang menawarkan perkhidmat menjual hosting dan domain namun begitu kami ingin mencadangkan kepada anda supaya membeli hosting dan domain daripada godaddy ini kerana mereka adalah sebuah company yang sangat besar dan menawarkan harga yang lebih murah.Bagi mereka yang tidak tahu apa itu domain dan hosting kami terangkan disini secara ringkas
Domain : www.contoh.com ( domain adalah link website anda)
Hosting : (server yang akan hostkan website anda supaya semua orang boleh layari laman web anda mengunakan internet.
Langkah 3 : Install WordPress
Untuk install wordpress ianya tidaklah sepayah yang anda sangka berikut kami berikan tutorial bergambar bagaimana untuk anda install wordpress mengunakan godaddy dengan sangat mudah semudah A,B,C.

Cara Buat Website sendiri dengan wordpress

ikuti beberapa langkah mudah yang kami berikan dibawah dan website anda akan siap.
Langkah 1.
Pertama login akaun godaddy anda kemudian click pada hosting dan tekan manage seperti gambar yang kami pamerkan dibawah:-
buat website sendiri dengan wordpressLangkah 2.
Pilih WordPress untuk install wordpress boleh lihat gambar dibawah untuk lebih kefahaman.
cara buat website sendiriLangkah 3
Selepas anda mengikut langkah 2 anda akan lihat gambar seperti dibawah apa yang anda perlu lakukan hanyalah tekan install dan masukkan maklumat yang diperlukan seperti langkah 4 yang akan kami berikan.
tips kerjayaLangkah 4
Lengkapkan seperti gambar dibawah dan tekan ok kemudian tunggu sehingga anda dapat email mengatakan lama wordpress anda sudah siap dan anda akan diberikan link untuk pergi ke admin panel dan boleh mengubah theme dan pos apa yang anda inginkan.
tutorial buat website
selepas 4 langkah ini anda hanya perlu faham simple bahasa english untuk ubah thema, buat form,create email list anda sendiri,pop up email, ejas seo dan lain-lain yang anda perlukan untuk membuat pemasaran online. contoh website yang dibina dengan wordpress dan hanya mengikut 4 langkah mudah ini ialah website kami sendiri www.gkerjaya.com
laman web wordpress mudahMesra mobile dan juga pc.

Belajar Buat Website

Selepas membaca semua tutorial diatas tapi masih kurang berkeyakinan dan masih tidak yakin atau tidak faham sepatah habuk apa yang kami terangkan anda boleh menghubungi kami di fanpage kami, kami bersedia untuk membantu anda,ini kerana kami mempunyai team kami sendiri yang bersedia memberikan khidmat dan nasihat untuk seluruh rakyat malaysia merancang perniagaan anda dan terus berjaya.
Sekian terima kasih harap ianya dapat membantu anda dan sila share kepada rakan-rakan anda yang mungkin memerlukan pertolongan

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Cara buat website sendiri untuk Peniaga online"

Post a Comment